Menurut Ethnologue, ketika ini terdapat sekitar 6912 bahasa yang
dituturkan manusia di seluruh dunia. Namun dari jumlah ini, tahukah anda
apakah 10 bahasa dengan penutur terbesar di dunia? Mari kita lihat
senarai berikut:
1. Bahasa Mandarin
Jumlah penutur: 1.5 billion
Tak salah lagi, Bahasa Mandarin adalah bahasa yang paling banyak
dituturkan manusia di seluruh dunia. Jumlah penduduk di China ketika ini
dianggarkan hampir mencapai 1.4 billion orang. Dari jumlah ini,
semuanya diwajibkan bertutur bahasa rasmi dalam satu bahasa iaitu Bahasa
Mandarin. Belum lagi termasuk imigran Cina di pelbagai penjuru dunia
yang setia menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa sehari-hari.
- Jenis aksara: Karakter Cina
- Negara penutur: China, Taiwan, Malaysia, Singapura dan komuniti keturunan China lainnya di seluruh dunia. Bahasa rasmi PBB.
- Untuk menyapa dalam bahasa Mandarin, ucapkan "Ni hao" (Nee HaOW)
2. Bahasa Inggris
Jumlah penutur: 500 juta
Inilah bahasa paling popular di dunia sekaligus bahasa yang paling
banyak digunakan sebagai bahasa rasmi di beberapa negara dan organisasi
antarabangsa. Sekitar 53 negara dan 10 organisasi antarabangsa yang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Selain itu, hampir
semua negara di dunia menerapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
setelah bahasa nasional masing-masing.
- Jenis aksara: Latin
- Negara penutur: UK, AS, Afrika Selatan, Antigua & Barbuda,
Australia, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belize, Botswana, Brunei
Darussalam, Dominica, Ethiopia, Eritrea, Fiji, Filipina, Gambia, Ghana,
Grenada, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Cameroon, Kanada,
Kenya, Kiribati,
- Lesotho, Liberia, Malawi, Maldives, Malta, Kepulauan Marshall ,
Mauritius,Micronesia, Namibia, Nauru, Nigeria, Pakistan, Palau, Papua
Nugini, Rwanda, Saint Kitts & Nevs, Saint Lucia, Saint Vincent &
Grenada, Samoa, New Zealand, Seychelles, Sierra Leone, Singapura,
Kepulauan Solomon, Somalia, Sri Lanka, Swaziland, Tanzania, Tonga,
Trinidad & Tobago, Tuvalu, Uganda, Vanuatu, Zambia, Zimbabwe.
Organisasi antarabangsa : PBB, Kesatuan Eropa, Persemakmuran, CoE, NATO,
NAFTA, OAS, OIC, PIF, UK, USA, dll.
3. Bahasa Hindi
Jumlah penutur: 497 juta
India memang unik! Bayangkan saja, negara ini mempunyai penduduk kedua
terbanyak di dunia, filem-filem Bollywood, Taj Mahal, Raja Asoka yang
Agung, Mahatma Gandhi, tetapi India sebenarnya tidak memiliki bahasa
rasmi kebangsaan. Bahasa Hindi yang dituturkan oleh sebahagian besar
masyarakat India hanya diakui sebagai bahasa rasmi pertuturan bersama
bahasa Inggeris dan bukan sebagai bahasa nasional oleh perlembagaannya.
- Jenis aksara: Devanagari
- Negara penutur: India, AS, Mauritius, Afrika Selatan, Yaman, Uganda,
Singapura, New Zealand, Jerman, Fiji, Nepal, Suriname, Trinidad &
Tobago, Guyana dan Uni Emirat Arab.
- Untuk menyapa dalam bahasa Hindi, ucapkan “Namaste” (Nah-MAH-stay).
4. Bahasa Spanyol
Jumlah penutur: 400 juta
Setelah Portugal menguasai sebahagian besar kawasan maritim di Asia,
Afrika dan Amerika pada abad ke 15, giliran Sepanyol pula mendominasi
wilayah-wilayah tersebut sejak abad ke 16 dan 17. Akibatnya, banyak
kebudayaan Sepanyol yang bertapak kuat di sana. Ketika ini, Bahasa
Sepanyol banyak digunakan sebagai bahasa rasmi negara-negara di Amerika
Tengah dan Selatan. Selain itu, bahasa Sepanyol juga banyak dituturkan
di beberapa negeri di Amerika Syarikat yang bersempadan dengan Mexico.
Malah, beberapa kosa kata bahasa Inggeris dipinjam dari bahasa Sepanyol
seperti tornado, bonanza, patio, quesadilla, Enchilada, dan taco grande
supreme, dll.
- Jenis aksara: Latin
- Negara penutur: Sepanyol, Argentina, Bolivia, Chile, Dominican
Republic, Ecuador, El Salvador, Guinea Khatulistiwa, Guatemala,
Honduras, Colombia, Costa RiCa, Cuba, Mexico, Nicaragua, Panama,
Paraguay, Peru, Puerto Rico, Uruguay, Venezuela.
- Untuk menyapa dalam bahasa Sepanyol, ucapkan: “Hola”.
5. Bahasa Arab
Jumlah penutur: 300 juta orang
Bahasa Arab adalah salah satu bahasa tertua di dunia dan merupakan
bahasa yang digunakan dalam Al Qur’an. Bahasa Arab banyak meminjamkan
kosa katanya ke sejumlah bahasa di Eropah terutamanya bahasa Sepanyol,
Portugis dan Sisilia. Bahasa Arab, seperti juga bahasa Ibrani dan Parsi
memakai sistem penulisan aksara dari kanan ke kiri. Sejak tahun 1974,
bahasa Arab digunakan sebagai salah satu bahasa rasmi di PBB.
- Jenis aksara: Arab
- Negara penutur: Arab Saudi, Aljazair, Bahrain, Chad, Comoro,
Djibouti, Mesir, Eritrea, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya,
Moroco, Nigeria, Oman, Palestin, Qatar, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia,
Emiriah Arab Bersatu, Sahara Barat, Yaman, Mauritius, Senegal, Mali.
Merupakan bahasa rasmi PBB
6. Bahasa Rusia
Jumlah penutur: 278 juta
Mikhail Gorbachev, Vladimir Putin, Roman Abramovich, Anna Kournikova,
dan Maria Sharapova adalah antara penutur bahasa Rusia yang kita sudah
kenal melalui pelbagai media. Namun, selain mereka, terdapat lebih 270
juta orang lain yang menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi.
- Jenis aksara: Cyrillic
- Negara penutur: Rusia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova. Merupakan bahasa rasmi PBB.
- Untuk menyapa dalam bahasa Rusia, ucapkan: “Zdravstvuite” (ZDRAST-vet-yah).
7. Bahasa Melayu
Jumlah penutur: 259 juta
Bahasa Melayu berada pada urutan ke-7 dengan jumlah penutur sekitar 259
juta orang. Hitungan kasar ini diperolehi melalui perkiraan jumlah
penduduk Indonesia tahun 2009 yang mencapai 230 juta orang ditambah
penduduk Malaysia 28 juta, penduduk Brunei 388 ribu serta sebahagian
kecil penduduk Thailand, Singapura dan Timor Timur. Jumlah ini mungkin
boleh bertambah kerana sejak tahun 2007 Bahasa Melayu telah ditetapkan
sebagai bahasa rasmi kedua di Vietnam.
8. Bahasa Portugis
Jumlah penutur: 240 juta
Portugal hanyalah sebuah negara yang kecil dan boleh dikatakan salah
satu negara miskin di Eropah. Namun pada abad ke 15, Portugal merupakan
bangsa yang besar kerana merekalah yang pertama sekali melakukan
penjelajahan maritim ke pelbagai penjuru dunia. Penjelajah seperti Vasco
da Gama, Henry the Navigator, Afonso de Albuquerque dan Pedro Álvares
Cabral, Portugal menguasai wilayah-wilayah penting di Asia, Afrika dan
Amerika Selatan dan kemudian menanamkan pengaruh kebudayaannya di sana.
- Jenis Aksara: Latin
- Negara Penutur: Portugal, Brazil, Angola, Cape Verde, Timor Timur, Guinea-Bissau, Macau, Mozambique, São Tomé e Príncipe.
- Untuk menyapa dalam bahasa Portugis, ucapkan: “Bom dia” (Bohn DEE-ah).
9. Bahasa Benggali
Jumlah penutur: 230 juta
Bangladesh adalah sebuah negara dengan wilayah geografi yang kecil,
tetapi jumlah penduduknya mencapai 162 juta orang. Bahasa rasmi
Bangladesh adalah Bahasa Benggali. Disebabkan wilayah Bangladesh hampir
seluruhnya bersempadan dengan India maka jumlah penutur bahasa Benggali
meluas hingga ke beberapa wilayah India.
- Jenis Aksara: Bengali
- Negara Penutur: Bangladesh, India
- Untuk menyapa dalam bahasa Bengali, katakan “Ei Je” (EYE-jay).
10. Bahasa Perancis
Jumlah penutur: 200 juta
Bahasa yang sering disebut-sebut sebagai bahasa paling romantik di dunia
selain digunakan di Perancis juga menjadi bahasa rasmi di beberapa
negara yang pernah dijajahnya. Bahasa Perancis juga adalah salah satu
bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain bahasa
Inggeris, Mandarin, Rusia, Spanyol dan Arab.
- Jenis Aksara: Latin
- Negara Penutur: Perancis, Monaco, Kanada, Switzerland, Belgium,
Luxembourg, Benin, Burkina Faso, Burundi, Cameroon, Afrika Tengah, Chad,
Comoro, Kongo/Zaire, Djibouti, Guinea, Guinea Khatulistiwa, Gabon,
Guernsey, Madagascar, Mali, Mauritius, Niger, Rwanda, Senegal,
Seychelles, Togo, Haiti, Lebanon, New Caleidonia, Vanuatu. Polynesia,
Martinique, Guadalupe. Merupakan bahasa rasmi PBB.
- Untuk menyapa dalam bahasa Perancis, ucapkan: "Bonjour" (bone-JOOR).
Sumber :
http://www.sentiasapanas.com/2013/08/top-10-bahasa-yang-paling-banyak.html